Bila Anda Baca Tajuk Seakan Agak Mustahil Bunyinya. Jemput Baca Perkongsian Menarik Daripada Saudara Harith Faisal
1. Sampai sekarang, saya masih anggap penjawat awam ada unfair advantage untuk beli rumah banyak-banyak berbanding pekerja swasta. Unfair advantage tu adalah dari segi kelulusan bank dan juga kemudahan yang disediakan kerajaan untuk semua penjawat awam.
2. Untuk penjawat awam, kerajaan ada bagi pembiayaan rumah sampai 100% tau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Maksudnya, kalau nak beli rumah RM500,000 boleh dapat RM500,000 penuh, kalau layak. Tak macam bank, 90% je biasanya.
3. Yang pastinya, penjawat awam bergaji RM3,000 lebih mudah nak beli rumah kalau kita nak bandingkan dengan pekerja swasta yang dapat gaji sama, komitmen yang sama, rekod CCRIS yang sama, harga rumah yang sama, dengan bank yang sama.
4. Tapi, saya konfiden gila yang ramai penjawat awam tak tahu pun pasal benda ni semua. Pasal tu kita boleh baca berita ada sampai 60% penjawat awam masih menyewa atau duduk kuarters dan takda rumah sendiri. Sedih sangat, kan. Tapi itulah realitinya.
5. Benda ni berlaku sebab, bank memang lebih mudah bagi kelulusan untuk beli rumah. Pada masa yang sama, bank juga lebih mudah bagi kelulusan pembiayaan peribadi kat penjawat awam ni. Jadi, buat apa beli rumah cepat-cepat sedangkan ada kuarters kan? Buat apa simpan duit untuk kahwin kalau boleh mohon pembiayaan peribadi, kan?
6. Sentap tak sentap lain cerita. Tapi ramai dah follower saya yang mengaku pasal benda ni, tak kurang juga client 1-on-1 saya yang datang jumpa dengan saya cerita benda yang sama. Jadi, bagi saya benda ni memang valid dan banyak berlaku dalam kalangan penjawat awam.
7. Berbalik pada cerita penjawat awam boleh senang-senang beli 6 buah rumah. Iya! Secara asasnya lebih senanglah berbanding orang kerja swasta macam saya ni. Tapi, janganlah lurus bendul sangat. Aduh! Senang tu bukan maknanya setahun boleh beli 6 buah rumah terus.
8. Kalau tak dapat beli 2-3 buah rumah dalam masa setahun pun takpa. Dapat sebiji setahun pun dah okay sangat. Jangan nak ikut orang lain membabi buta kalau rezab tunai pun baru seciput. Yang penting, kau kena ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.
Okay! Macam mana nak beli 6 rumah?
9. Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.
10. Tapi, bergantung kat kekuatan kewangan dan skor kredit kaulah. Kalau banyak sangat yang tak okay, mungkin kau dapat 80% je. Bank pun tak berani nak bagi banyak kat kau. Antara sebab tak dapat MOF tinggi:
1. Komitmen tinggi
2. Gaji kecil
3. Simpanan takda
4. CCRIS tak elok
5. CTOS ada rekod buruk
6. Takda rekod CCRIS
7. Penggunaan kad kredit tinggi
8. Rumah master title
11. Tapi, kan. Kalau dah teruk sangat, bukan setakat kau tak dapat MOF tinggi, malah permohonan kau terus masuk bakul sampah. Maksudnya, kalau banker proses pun, memang takkan lulus tak kiralah kau penjawat awam ataupun pekerja swasta.
12. Katakan kau suami isteri adalah pekerja swasta. Kau boleh beli rumah pertama dan kedua dengan mudah sebab dapat MOF yang tinggi iaitu sampai 90%-100% macam yang saya sebut kat perenggan sebelum ni.
13. Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100%, boleh dah rasa lega. Dua rumah pembiayaan nama suami, dua rumah pembiayaan nama isteri. Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Secara asasnya, kau perlu sediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.
14. Contoh rumah RM300,000 kau kena sediakan RM300,00×30%=RM90,000. itu baru baki harga rumah. Tak masuk lagi legal fee, valuation fee sekitar 5% kalau benda tu tak capitalized dalam pembiayaan rumah kau.
15. Untungnya kakitangan kerajaan, boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah ketiga dan seterusnya guna manfaat pembiayaan penuh LPPSA. Kalau suami dan isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.
Okay, faham?
16. Nak maksimumkan kuota MOF 90%-100% kau? Ini saya tolong ringkaskan.
A) Suami isteri kerja swasta.
Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
B) Suami swasta, isteri penjawat awam atau sebaliknya.
Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank
Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank
C) Suami isteri penjawat awam.
Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank
Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank
17. Tapi, malangnya ramai kakitangan kerajaan tidak terdedah dengan perkara ini. Ramai yang saya jumpa dah terguna LPPSA untuk membeli rumah pertama. Yang joint loan LPPSA pun ada juga. Rugi!! Ia bukanlah dosa, cuma ada rugi sikit. Tapi kalau kau plan memang nak sebiji rumah tu saja sampai pencen, panduan saya ni tak berguna pun untuk kau.
18. Kalau kau suami isteri penjawat awam, tapi dah terbeli rumah pertama pakai loan LPPSA suami, rumah kedua pakai loan LPPSA isteri, dapat 4 buah rumah sajalah MOF 90%-100%. Tak dapat 6 buah rumah. Dia akan macam ini jadinya nanti:
Suami
1. 100% LPPSA
2. 90% bank
3. 70% bank
Isteri
1. 100% LPPSA
2. 90% bank
3. 70% bank
19. Carilah ilmu kewangan dan ilmu hartanah sebelum membeli rumah pertama. Nak kumpul deposit rumah dengan cara yang cepat pun kena ada ilmunya. Nak tetapkan matlamat pelaburan dan cari rumah yang sesuai pun perlu belajar. Nak uruskan rumah untuk disewakan lagi. Kalau takda ilmu, memang kelam kabut. Banyak rugi daripada untung.
20. Memang banyak untung bekerja sebagai penjawat awam. Itu dapat, ini dapat. Siap CEUPACS selalu back up lagi tu. Semata-mata nak mudahkan kau untuk beli rumah. Tapi kalau tak pandai ambil peluang, takda beza kau dengan pekerja swasta.
21. Ada kawan atau kenalan kau yang berkhidmat di sektor kerajaan? Klik SHARE dan selamatkan mereka. Kau tu dahlah kedekut duit, takkan dapat ilmu FREE macam ni pun kau kedekut nak sebarkan. Haha!
fuh.. samapi 6 rumah.. bestu kalau dapat 6 rumah.. huhu.. pelaburan masa depan..
Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan… kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh…? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..
Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat… semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..
http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html
Perhhh bila pakcu baca Postt awak, terangakat terus semangat taw.
saya kongsi ja
info yang berguna.Trima kasih
http://www.kickstory.net
Info yang sangat membantu
Masyaallah..terima lasih ilmu nya
Memang ada kelebihannya menjadi penjawat awam
Untung jadi penjawat awam.
tq info ni.. kelebihan utk penjawat awam
tengkiu atas info ni tuan.. selama ni close-minded psal beli rumah ni. takut nak cuba sbb fikir komitmen agaknya haha
mrs pip dtg melawat #afbdotmy