Pitching Perniagaan Kelantan Startup

Pitching Perniagaan Kelantan Startup

Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dibawah potfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Negeri Kelantan.

KSTART Dapat Dana RM50,000 RM30,000 RM20,000 RM10,000

Pitching Perniagaan Kelantan Startup

Apa itu KSTART

KELANTAN STARTUP (KSTART) merupakan program yang dirancang untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia Kelantan. Program ini menyediakan platform bagi usahawan belia Kelantan untuk membentangkan idea perniagaan inovatif mereka, dengan matlamat memacu pertumbuhan ekonomi, menggalakkan inovasi, dan mewujudkan perniagaan yang mapan di negeri ini. K-Start bertujuan memperkasakan belia Kelantan serta meningkatkan ekonomi tempatan.

KSTART juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dari Kelantan untuk mencapai kejayaan cemerlang dan memberi inspirasi kepada belia tempatan. Melalui sokongan geran, bimbingan, dan platform pitching, program ini akan membantu usahawan belia Kelantan merealisasikan potensi mereka, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri yang lebih kukuh dan mapan.

KSTART terbuka kepada syarikat dan individu. KSTART menerima permohonan dari pelbagai peringkat, dari ideasi, pembangunan prototaip, kepada penambahbaikan produk. Dalam KSTART, para peserta akan mendapat pengalaman berharga bersama pakar industri, peluang networking eksklusif, bengkel kemahiran pitching, bengkel keusahawan dan bimbingan satu lawan satu dengan pakar industri.

Usahawan juga akan diberikan peluang untuk menyertai program pembangunan keusahawanan lanjutan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi yang berkaitan.

Tarikh Penting Program KStart

19 September: Pendaftaran dibuka

26 September: Pendaftaran ditutup

4 – 5 Oktober: K-Start berlangsung

Kriteria Sertai Pitching Perniagaan Kelantan Startup

INDIVIDU

Minimum 2 individu dalam satu pasukan (sekurang-kurangnya seorang anak negeri Kelantan).

SYARIKAT
1. 51% saham mesti dimiliki rakyat Malaysia.
2. Syarikat beroperasi kurang dari 5 tahun.
3. Hasil terkumpul tidak melebihi RM3 juta.
4. Mempunyai hak harta intelek yang sah.
5. Tiada syarikat lain boleh memegang 25% atau lebih saham.
6. Salah seorang pengarah mesti berasal dari Kelantan.

Baca Juga : Dana Pembiayaan Agroteknologi Madani

Siapa yang Layak untuk Menyertai KStart

Warganegara Malaysia yang berasal dari Kelantan.
Perniagaan beralamat atau berdaftar di Kelantan.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai idea perniagaan inovatif atau startup sedia ada yang memerlukan sokongan kewangan dan bimbingan keusahawanan.

Bagaimana untuk Membuat Permohonan?

Permohonan perlu dihantar melalui laman web ini.
Masukkan maklumat dan dokumen yang diperlukan melalui laman web ini
KSTART Program Pitching Perniagaan Kelantan Startup

Bidang keusahawanan yang layak memohon
Semua jenis bidang keusahawan layak memohon iaitu bidang teknologi, pertanian, pembuatan, perkhidmatan, perusahaan sosial dll.

Jumlah permohonan yang akan dipilih untuk menyertai KStart=
50

Bagaimana untuk saya tahu sama ada permohonan diterima atau tidak?
Panel hakim yang terdiri daripada pakar industri, usahawan berjaya, dan akademik profesional akan menilai setiap permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, seperti inovasi, kebolehlaksanaan, dan potensi pasaran.
50 pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui WhatsApp dan email.

Adakah terdapat bayaran untuk menyertai program ini?
Tiada bayaran dikenakan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kelantan di bawah Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan termasuk makan, minum dan kit peserta.

Apa yang akan berlaku pada hari pitching?
50 peserta yang disenarai pendek akan membentangkan idea perniagaan mereka dalam sesi pitching selama 5 minit di hadapan panel hakim.
Setiap pitch akan diikuti oleh sesi soal jawab selama 5 minit untuk menguji kefahaman dan perincian idea yang dibentangkan.
Penilaian akan dibuat berdasarkan keberkesanan pembentangan, keaslian idea, dan kebolehlaksanaan perniagaan.
Bengkel keusahawanan, rancangan perniagaan dan bengkel kemahiran pitching akan dijalankan secara selari untuk semua peserta.
Tujuan bengkel adalah untuk memperkaya pengetahuan peserta tentang aspek penting dalam membangunkan dan menguruskan perniagaan.

Bagaimanakah pembahagian dana dilakukan?
Pemenang akan terus menerima sokongan dalam bentuk bimbingan dan mentoring daripada pakar industri yang dilantik oleh program K-Start.
Usahawan juga akan diberikan peluang untuk menyertai program pembangunan keusahawanan lanjutan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi yang berkaitan.
Dana keseluruhan sebanyak RM200,000 akan diagihkan kepada pemenang berdasarkan prestasi mereka dalam sesi pitching dan keperluan kewangan yang dinyatakan dalam cadangan perniagaan.

MOHON DI SINI

KELANTANSTARTUP

 

PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN KELANTAN

JAWATANKUASA BELIA, SUKAN, NGO
DAN PERPADUAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN
Mabna MBI, Aras 6, Kompleks Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu, Kelantan