Permohonan Sekolah Menengah Agama Johor : Cara Daftar SMAJ
Permohonan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2025. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Bahagian Pendidikan Islam), mempelawa anak-anak dari seluruh Malaysia (khususnya kelahiran negeri Johor) untuk mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.
Pendaftaran secara atas talian (online) akan dibuka bermula 28 Ogos 2024 (Rabu) 2 Petang sehingga 02 Oktober 2024 (Sabtu).
Cara Membuat Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2025
Untuk memohon,anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut: https://daftar-smanj.net/t1/2025 (permohonan akan dibuka pada 28 Ogos – 2 Oktober 2024)
SYARAT PERMOHONAN
1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan
2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
3. Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
5. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk https://daftar-smanj.net/t1/2025 yang disediakan di pautan ini
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
3. Keputusan j-Qaf
4. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2024
6. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2023/2024
PERMOHONAN SEKOLAH AGAMA JOHOR
1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang https://daftar-smanj.net/t1/2025
2. Permohonan dibuka mulai 28 Ogos 2024 Hingga 02 Oktober 2024.
3. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ(Manual Pengguna akan dibuka pada tarikh permohonan)
4. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing
BACA JUGA : TEMU JANJI KLINIK KESIHATAN KKM
TARIKH-TARIKH PENTING
1- Permohonan Secara Dalam Talian (28 Ogos – 2 Oktober 2024)
2- Semakan Panggilan Ujian Kelayakan (9 Oktober – 18 Oktober 2024)
3- Ujian Kelayakan (19 Oktober – 26 Oktober 2024)
4- Semakan Dan Pengesahan Calon Berjaya Ke Sekolah Pilihan Dan Rayuan (13 November 2024 – 22 Januari 2025)
5- Semakan Dan Pengesahan Calon Rayuan (29 Januari – 12 Februari 2025)
SENARAI SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR
Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
☎ 072232710 / 32
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
2-Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
3-Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
4-Khas untuk murid lelaki sahaja
Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
☎ 072232710 / 32
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
2-Khas untuk murid lelaki sahaja
Maahad Johor Lil Banat (MJLB), Johor Bahru, Johor
☎ 072232710 / 32
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
2-Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
3-Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja
SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
☎ 077715482
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
2-Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Maahad Pontian, Pontian (MP)
☎ 076874470
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
2-Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
☎ 074545710
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
2-Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
SMA Bugisiah, Tampok Pontian (SMABG)
☎ 074241901
1-Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
2-Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
3-Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
Semoga calon yang berminat memohon sekolah agama negeri johor bagi sessi persekolahan 2025/2026 berjaya.