Permohonan, Kemaskini BR1M 2018 Secara Manual & Online sudah dibuka. Bagaimana nak buat permohonan BR1M 2018 dan nak kemaskini permohonan sedia ada? Kementerian Kewangan dalam kenyataannya pada 24 November 2017 menyatakan tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 mula dibuka pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
2 cara dalam membuat permohonan baru dan proses kemaskini maklumat sedia ada, iaitu melalui permohanan melalui online dan permohanan melalui manual.
Bagi pemohon yang pernah memohon sebelum ini tetapi gagal atau tidak layak, boleh cuba buat permohonan baru bagi mendapatkan BR1M 2018.
Manakala, bagi mereka yang pernah layak menerima BR1M sebelum ini, sila pastikan anda mengemaskini maklumat peribadi sekurang-kurangnya 1 kali untuk tempoh 3 tahun.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018
1-Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
2-Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3-Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4-Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
1-MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
2-Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
3-Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Baca Juga : Antara Sebab Sebab Permohonan BR1M Gagal
Cara Buat Permohonan Baru & Cara Kemaskini BR1M 2018
d-Sila Jawab 2 Soalan keselamatan.
Jumlah & Tarikh Pembayaran BR1M 2018
Kategori Penerima BR1M 2018 |
Dah kemaskini dah. Moga dipermudahkan semua
cepatnya,hahaha
terbaik wafi artikel ni.. kawe pun dah isi..