PANDUAN SOLAT ORANG SAKIT
Ini adalah Panduan Solat Untuk Orang Sakit. Solat 5 waktu telah diwajibkan kepada setiap orang islam dan tidak boleh ditinggalkan walaupun semasa sakit kecuali tidak sedarkan diri, hilang akal atau gila
Solat wajib ditunaikan di dalam waktunya. Firma Allah SWT yang bermaksud :
“Sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu
waktunya.”
(Surah An-Nisa : Ayat 103)
Panduan Solat Untuk Pesakit
Panduan Berwudhuk Untuk Orang Sakit
Cara Berwudhu:
1- Basuh muka beserta niat wudhu dengan semua bahagian muka diratai air. Balutan di muka yang sukar dibuka atau memudaratkan jika di buka memadai disapu air di atasnya.
2- Basuh kedua belah tangan hingga meliputi dua siku. Balutan di tangan yang sukar dibuka atau memudaratkan jika di buka memadai disapu air di atasnya.
3- Sapu air di kepala. Balutan di keseluruhan kepala yang sukar dibuka atau memudaratkan jika dibuka memadai di sapu air di atasnya.
4-Basuh kedua belah kaki hingga meliputi dua buku lali. Balutan dikaki yang sukar di buka atau memudaratkan jika di buka memadai disapu air di atasnya.
Panduan Tayammum Untuk Pesakit
Sebab sebab di haruskan bertayammum :
1- Tiada air atau ada air tetapi cukup untuk keperluan makan dan minum sahaja.
2- Apabila pengunaan air akan memudaratkan atau membahayakan penyakit yang di hadapi.
3- Apabila ada tampalan atau balutan seperti simen pada anggota wudhuk atau pada badan
Bahan Bahan Untuk Tayammum :
Debu tanah atau apa jua bahan yang suci daripada jenis muka bumi seperti batu dan garam bukit
Lafaz niat tanyammum ” Sahaja aku tayammum bagi mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala.”
Cara Bertayammum :
1- Tepuk dua tangan pada bahan tayammum sekali dan berniat ketika memindahkannya sehingga menyentuh sebahagian muka.
2- Sapu dan ratakan bahan tayammum ke muka.
3-Buang saki baki bahan tayammum yang ada di tapak tangan.
4- Tepuk dua tapak tangan pada bahan tayammum sekali lagi.
5- Sapu bahan tayammum di tapak tangan kiri ke kanan hingga meliputi siku dan begitu juga di tapak tangan kanan ke kiri hingga meliputi siku.
Pesakit Yang Mampu Solat Berdiri Dan Mampu Rukuk Tetapi Tidak Mampu Sujud Seperti Biasa
1- Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk
3- Iktidal
4-Sujud ikut kemampuan
5-Duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Mampu Solat Berdiri Tetapi Tidak Mampu Rukuk Dan Sujud Seperti Biasa
1- Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk ikut kemampuan
3- Iktidal
4- Sujud ikut kemampuan
5-Duduk antara dua sujud atau duduk tasahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Tidak Mampu Solat Berdiri Dan Mampu Solat Duduk (Duduk Iftirasy)
1- Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk ikut kemampuan
3- Iktidal
4- Sujud
5- Duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Tidak Mampu Solat Berdiri Dan Mampu Solat Duduk (Di Atas Kerusi)
1-Niat dan takbiratul ihram memabaca al-fatihah
2- Rukuk ikut kemampuan
3- Iktidal
4- Sujud di atas lantai tempat solat jika mampu, jika tidak sujud semampunya.
5- Duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Tidak Mampu Solat Berdiri Dan Mampu Solat Duduk (Di Birai Katil)
1-Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk ikut kemampuan
3- Iktidal
4- Sujud di atas lantai tempat solat jika mampu, jika tidak sujud semampunya
5- Duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Tidak Mampu Solat Berdiri Dan Mampu Solat Duduk (Di Atas Katil)
Pesakit Yang Mampu Solat Mengiring
1- Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk ikut kemampuan
3- Iktidal
4- Sujud ikut kemampuan
5- Duduk antara dua sujud ayau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
Pesakit Yang Mampu Solat Terlentang (Menggunakan Isyarat Mata)
1- Niat dan takbiratul ihram membaca al-fatihah
2- Rukuk
3- Iktidal
4- Sujud
5- Duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud
Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam. Pesakit yang tidak mampu mengerakkan anggota badan maka boleh menggunakan isyarat kepala jika tidak mampu guna isyarat mata dan jika tidak juga lakukan solat di dalam hati.
Baca Juga : Permohonan Sekolah Agama Johor
Kesimpulan Panduan Solat Untuk Orang Sakit
Kesimpulannya sakit bukan penghalang untuk melakukan solat fardhu sendirian.
Pautan Rujukan : JAKIM