Setelah sebulan umat islam berpuasa di bulan ramadhan, esok adalah hari kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran 1 Syawal perlu disambut dengan gembira serta saling bermaafan sesama umat islam. Saya ingin berkongsi Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri. Panduan ini daripada Bahagian Dakwah Jakim.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz tasbih
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]
CARA MENUNAIKANNYA
Rakaat Pertama
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam