Tiba2 perut rasa lapar. Dalam kepala fikir nak makan apa ya malam ni? kalau makan nasi kerabu sedap jgk…ok la tanpa fikir panjang terus pergi ke kedai Nasi Kerabu Azma di Kampung Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu.
Nasi Kerabu Daging Bakar |
Malam ni rasa nak makan nasi kerabu daging bakar plak. Lama dah makan weh tak kena nasi kerabu dengan daging bakar. Biasa makan nasi kerabu berlaukkan ayam goreng. Sampai2 di kedai dalam pukul 7 , kena beratur panjang pulak dah. Adus, kita plak perut dah lapar “cerok” sambil2 terbayang kelembutan daging bakar nasi kerabu ni. Tunggu punya tunggu dekat 15 minit jgk kena beratur baru la sampai giliran. Masa sampai turn kita nak order, daging bakar plak habis. Cepat plak habis daging bakar. Order je la nasi kerabu ayam goreng pun boleh la.
Nasi Kerabu Ayam Goreng |
Perut plak lama dah rasa lapar sangat. Lepas order nasi kerabu ayam goreng tadi. Terus pergi cari tempat duduk. Lepas tu ada sorang budak datang amik order air. “abe nak air gapo?”…“hmm, air teabeng jah lahh”.
Lepas budak yang order air tadi siap amik order, aku pun makan la nasi kerabu ayam goreng tadi. Uhhhh, sedap betul. Memang kena dengan ulam-ulaman,budu, sambal, kerabu, ayam goreng dan telur masin. Secukup rasa.Banyak2 kali makan kerabu, nasi kerabu azma ni memang tiada tolok bandingnya berbanding nasi kerabu lain. Sangat berbaloi, sedap dan harga berpatutan.
Dengan hanya RM3.50, anda boleh makan nasi kerabu berlaukkan ayam goreng dan telur masin, Murah kan?? Mana nak dapat harga macam ni zaman GST sekarang ni. Kalau makan malam, pergi kedai masakan panas memang kena sedia RM10 sekali makan kan?
Selain pada tu, di nasi kerabu azma ni…anda boleh makan nasi dagang, nasi lemak, laksa, laksam, nasi berlauk biasa dan kuih muih.
Nasi Lemak |
Laksam Azma |
Kuih Muih |
Nasi Dagang Azma |
Siap2 makan dengan lahapnya, pergi la saya kat kaunter bayaran. Tanya makcik jaga kaunter bayaran. “mokcik, brapo rial nasi kerabu aye ngan air teaobeng”?…“4 riyal sudah lar”. Siap2 bayar, dj lin suria fm plak masuk kedai nak makan nasi kerabu.
Kredit : Ig Dj Lin Suria Cinta |
Fuh, kenyang sungguh weiii…Alhamdulillah!!!
memang nampak sedap…kalau ke sana nanti insyaallah nak cuba
boleh sgt, yang ni meme sedap…100% pulangan wang!!!
sedapnya nasi kerabu!favourite!
Boleh cuba azma nasi kerabu pasir pekan