Lagu Tema Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 bakal bermula 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Kehangatan Sukan SEA 2017 yang bakal berlansung pertengahan bulan ogos itu semakin dirasai apabila lagu tema sukan sea 2017 mula diperdengarkan kepada umum.

Lagu ciptaan Loque lirik hasil nukilan Loque sendiri dengan Malique menampilkan suara tiga penyanyi iaitu Loque, Azlan Typewritter dan Malique.

Lagu ini  yang berkonsep moden dengan diiringi dengan elemen zapin turut serta bersama kumpulan Orkes Gelombang Biru.

Lirik Lagu Tema Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Jangan gentar
Jangan sesekali menyerah kalah
Jangan takut
Selagi nyawa dikandung badan

Ayuh lawan
Kita lawan sampai titisan darah
Yang terakhir
Belum berakhir

Semangatku takkan luntur
Selagiku belum uzur
Bangkit bersama-sama
Bersama takluk dunia

Bangkit bersama-sama
Bersama bertarung nyawa
Kita juara
Kita semua juara

Bangkit bersama-sama
Bersama takluk dunia
Bangkitlah
Bangkit bersama-sama

Biar putih tulang
Jangan putih mata
Ayuh bangkitlah bersama-sama
Selagi nyawa dikandung badan
Ayuh lawan
Kita lawan

Biar mati tewas tersingkir
Sehingga titisan darah terakhir
Selagi nyawa dikandung badan
Ayuh lawan
Kita lawan

Reply

Leave a Reply