Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Tahukah anda bila tarikh mula puasa ramadhan tahun 2019? Mengikut jadual yang di keluarkan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tarikh mula puasa bulan ramadhan 2019 adalah dijangka pada 6 Mei 2019 iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1440H. Berbaki 39 hari sahaja lagi.  Walaubagaimanapun tarikh mula berpuasa ramadhan 2019 belum lagi di umumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Adakah anda sudah hafal niat puasa ramadhan?

Tarikh 1 Ramadhan 2019

6 Mei 2019 adalah tarikh mula puasa atau awal ramadhan.

Semak Portal Islam.Gov

Cara Niat Puasa Ramadhan

Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadan untuk berpuasa sebulan?

Mengikut mazhab Syafi’i, wajib berniat pada setiap malam.

Akan tetapi, bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, dia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadan. Namun begitu dlm Mazhab Syafie dia tetap wajib berniat pada tiap-tiap malam sepanjang Ramadan.

Walaupun di dalam Mazhab Syafie, kita wajib berniat puasa pada setiap malam bulan Ramadan, namun kita tetap digalakkan berniat puasa sebulan terus.

Lafaz Niat Puasa Ramadan

Berikut dikongsikan lafaz niat puasa bulan ramadhan adalah seperti berikut:

1. Cara Niat Sebulan Puasa Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadana Kullihi Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala

2. Cara Niat Harian Puasa Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-i Fardhi Syahri Ramadana Hazihis Sanati Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Antara hikmahnya adalah, jika kita ditaqdirkan meninggal dunia di pertengahan Ramadan, insya Allah kita tetap akanmendapat pahala penuh Ramadhan.

Ramadhan Kareem bakal menjelma lagi, jom hafal lafa niat puasa yang betul, hehe.

2 thoughts on “Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan”

Leave a Comment