Kos Haji 2025

Kos Haji 2025

Kos Haji 2025 bagi seorang bakal haji Muassasah Kekal RM33,000 seorang. Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji.

Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 bilion dalam masa 25 tahun.

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit.

Kos Haji 2025

Kos Haji Untuk B40

Rujuk Gambar

Kos Haji Muassasah (Pertama Kali) ialah Rm33,000

Jemaah haji Muassasah kumpulan B40 ini yang akan mendapat bantuan Kerajaan bagi B40. Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan Kerajaan sebanyak RM1,000 seorang. Bantuan yang berjumlah RM18,300 ini adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan Kos Haji.

b40 bantuan kewangan haji 2025

Kos Haji Untuk M40

Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan Kos Haji. Bayaran Haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500.

Rujuk Gambar

m40 bantuan kewangan haji 2025

Kos Haji Untuk T20

Jemaah Muassasah T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan, perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.

t20 bayaran haji 2025

Rayuan haji akan dikenakan bayaran penuh RM33,300 seorang.

3 pengecualian bayaran penuh diberikan kepada rayuan kes berikut:

1. Mahram
2. Pengiring Jemaah
a) Lanjut usia
b) Pengiring kelainan upaya (OKU)

3. Giliran Sebelum Tahun Semasa

Baca Juga : Cara Guna Google Trends

rayuan haji 2025

Prinsip Bantuan Kewangan Haji bersasar adalah selaras dengan polisi TH untuk mengurangkan Bantuan Kewangan Haji, yang dibiayai dari keuntungan pelaburan, secara beransur-ansur sejak 2022 demi kemampanan kewangan TH.

Kos Haji 2025

B40 adalah RM15,000

M40 adalah RM23,500

T20 adalah RM33,000

 

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan kewangan Haji daripada Tabung Haji (TH), berikut adalah

1- Pendapatan: Kategori bantuan kewangan Haji biasanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah atau mereka yang layak berdasarkan penilaian tertentu.
2- Warganegara Malaysia: Pemohon mestilah rakyat Malaysia.
3- Simpanan Minimum: Ada keperluan untuk baki simpanan minimum bagi melayakkan diri memohon.
4-Dokumen Sokongan: Sertakan dokumen seperti slip gaji, surat pengesahan pendapatan (jika tidak bekerja), dan dokumen lain yang diminta.

CARA PERMOHONAN

1- Mendaftar Akaun Haji di Tabung Haji: Bakal jemaah mesti mempunyai akaun simpanan di TH dan telah mendaftar untuk menunaikan Haji.
2-Memenuhi Kuota Haji: Pastikan anda disenaraikan dalam kuota Haji untuk musim yang berkaitan.

Permohonan Online atau di Cawangan TH: Bantuan boleh dimohon melalui portal THijari atau dengan mengunjungi pejabat cawangan TH terdekat.

Rujukan : Page Tabung Haji