Kenali Warna Air Kencing

Kenali Warna Air Kencing

Menurut Dr Luke Powles, warna air kencing yang menunjukkan paras hidrasi manusia adalah warna kuning gelap dan ia juga menandakan seseorang itu memerlukan lebih banyak air dalam badan.

“Air kencing berwarna merah dan hijau mungkin menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius,” tambahnya.

Dr Powles menekankan bahawa badan manusia memerlukan antara 1.5 dan dua liter air setiap hari, serta harus mengelakkan minuman manis seperti soda dan alkohol.

Selain itu, senarai berikut mendedahkan tahap kesihatan badan manusia berdasarkan warna air kencing yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.

Air kencing mempunyai pelbagai warna. Biasanya terdiri daripada warna kuning jernih, warna kuning pekat seperti madu dan boleh bertukar menjadi warna coklat. Berdasarkan warna air kencing, anda boleh tentukan tahap kesihatan tubuh badan anda.

KENALI WARNA AIR KENCING

Ketahui Tahap Kesihatan Tubuh Badan Anda Melalui Warna Air Kencing

Warna

Tiada warna atau warna jernih
Bermaksud air dalam tubuh badan lebih dari cukup. Mungkin anda harus kurangkan minum untuk mengelakkan daripada terlebih kadar air.

Kuning pucat
Tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.

Kuning jernih
Tubuh badan anda normal.

Kuning gelap
Tubuh badan anda normal tetapi harus minum air dengan segera.

Warna seakan madu
Warna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap normal badan seseorang. Ini menunjukkan kandungan air tidak cukup untuk buah pinggang terus berfungsi.

Warna coklat
Anda mungkin mengalami penyakit hati atau dehidrasi yang serius. Anda harus banyakkan minum air dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Warna kemerah-merahan
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak, ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Jika ada darah dalam air kencing, anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, tumor, jangkitan dalam saluran air kencing atau masalah prostat.

Warna oren
Kuantiti air yang tidak mencukupi dalam tubuh badan atau kemungkinan anda mengalami masalah hati. Jadi, anda disarankan untuk mendapatkan doktor.

Warna kebiruan atau kehijauan
Terdapat penyakit genetik yang jarang berlaku boleh mengubah warna air kencing anda kepada berwarna biru atau hijau. Ia menunjukkan saluran urin atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria.

Info Tambahan
Sesetengah pengambilan perubatan boleh menyebabkan perubahan warna air kencing. Sebaiknya berjumpa doktor jika air kencing menjadi sangat gelap atau berubah warna.

Baca Juga : Bantuan Komputer Riba MAIWP

Rujukan : Dailymail.co.uk