JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN : GUNA MY SEJAHTERA

JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN : GUNA MY SEJAHTERA

Fungsi Janji Temu ini membolehkan individu menempah janji temu secara digital melalui aplikasi MySejahtera, yang memberikan akses kepada 11 perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian tanpa memerlukan pesakit untuk hadir ke fasiliti kesihatan secara fizikal.

Ini memberikan impak yang besar dalam mengurangkan dan mengawal aliran pesakit yang sesak serta mengurangkan waktu menunggu di fasiliti kesihatan bagi mendapatkan rawatan untuk kes-kes ringan. Bagi kes-kes kecemasan, rawatan segera boleh diterima di fasiliti kesihatan berdekatan tanpa keperluan untuk membuat sebarang janji temu terlebih dahulu.

Fungsi Janji temu ini boleh digunapakai oleh pengguna warganegara Malaysia atau bukan warganegara.

Pengguna bukan sahaja boleh membuat tempahan janji temu untuk diri sendiri, mereka juga boleh mendaftar bagi pihak keluarga terdekat termasuk anak-anak dan ibu bapa bagi membolehkan mereka membuat tempahan janji temu untuk keluarga mereka. Ini dapat membantu tempahan slot janji temu dibuat untuk ahli keluarga yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.

11 perkhidmatan Kesihatan Yang Ditawarkan Di Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan Peka B40
  • Perkhidmatan Berhenti Merokok
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Perkhidmatan Perancangan Keluarga
  • Prosedur
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Imunisasi Catch-Up
  • Perkhidmatan Kesihatan Seksual
  • Perkhidmatan Kesihatan Pergigian

 

JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN

CARA BUAT

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  • Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  • Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  • Pilih tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  • Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  • Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.

 

Pilih Janji Temu

 

Pilih Perkhidmatan

 

Pilih Fasiliti Kesihtan

 

Pilih Slot Tarikh Dan Waktu Anda

 

Sahkan Janji Temu

 

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

Leave a Comment