Gambar, Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018. Pada 9 November 2017, Perodua secara rasminya mengumumkan tempahan untuk model kereta tempatan paling laris di Malaysia iaitu Myvi 2018 sudah mula di buka.
Perodua Myvi Edisi 2018 tampil dengan logo lebih menarik, garang, ciri-ciri futuristik serta keluasan dalaman yang lebih baik untuk pengguna di malaysia.
Mesti ramai ternanti-nanti apa kelebihan serta ciri baru kereta myvi 2018 yang buatkan anda nak beli.
Gambar, Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018
Enjin baru ini dikeluarkan di kilang pembuatan Daihatsu Perodua di Negeri Sembilan.
Dikuasakan oleh enjin baru 1.3 liter dan 1.5 liter yang cekap tenaga (EEV) dilengkapi dengan dual VVT-i, model baru ini dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan untuk varian 1.3 liter atau pilihan untuk kelajuan empat E-AT penghantaran automatik untuk semua varian.
Ciri-ciri keselamatan baru ialah myvi 2018 di lengkapi kamera khas iaitu Advanced Safety Assist (ASA) di depan cermin kereta.
Ringkasan ciri-ciri menarik Myvi 2018 :
– Fungsi kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin untuk semua varian.
– Lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian.
– Sistem Henti Melahu (Eco-Idle) untuk varian Myvi 1.3 liter varian G dan Myvi 1.5 liter dan varian H dan AV (Advance).
– Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.
– Kawalan pendingin hawa menggunakan skrin sentuh.
– Rim aloi bersaiz 14-inci untuk Myvi 1.3 liter.
– Skirt depan dan sisi dwi-tona untuk Myvi 1.5 liter.
– Spoiler belakang untuk Myvi 1.5 liter.
– Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel (8+1) untuk semua varian.
– Poket sisi untuk kerusi depan untuk semua varian.
– Empat beg udara (depan dan sisi depan) untuk Myvi 1.3 liter.
– Enam beg udara (depan, sisi depan dan tirai) untuk Myvi 1.5 liter.
– Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah standard untuk semua varian.
– Bantuan Pemanduan Selamat (Advance Safety Assist – A.S.A) seperti ciri Pemantauan Titik Buta dan Bantuan Kekal Lorong hanya untuk Myvi 1.5 liter varian AV (Advance).
Tengok Video Pengenalan Perodua Myvi 2018 Ini…