E-Tunai Rakyat – Cara Daftar & Tebus RM30 Kredit eWallet

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM450 Juta bagi menunaikan insentif e-Tunai Rakyat 2020. Ini adalah berdasarkan pembentangan bajet 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Setiap rakyat Malaysia akan diagihkan peruntukan RM30 seorang untuk digunakan setiap orang.

Berikut adalah syarat-syarat yang anda perlu tahu sebelum mendapat kredit percuma RM30, dan ianya hanya untuk sekali tebus sahaja (one off).

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020
  3. Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun

Pemebusan kredit RM30 percuma (one off) ini hanya boleh dilakukan hanya menerusi 3 applikasi ewallet malaysia yang berikut iaitu Grab Pay, Boost dan Touch’nGo eWallet sahaja.

Tarikh Tebus RM30 kredit Ewallet E-Tunai Rakyat

  • Tarikh buka : 15 Januari 2020
  • Tarikh tutup : 14 Mac 2020

Cara Tebus E-Tunai Rakyat 2020

Hanya pilih satu applikasi sahaja daripada tiga yang berikut.

1-Aplikasi eWallet GrabPay

Cara-Daftar-eTunai-Rakyat

  • Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  • Grabpay memang ada didalam app Grab.
  • Aktifkan GrabPay
  • Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  • Ambil gambar kad pengenalan
  • Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  • Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
  • Selesai!

2-Aplikasi eWallet Boost

Cara-Daftar-eTunai-Rakyat

  • Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  • Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya
  • Upgrade kepada Boost Premium
  • Sahkan atau verify akaun Boost
  • Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  • Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan
  • Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay.

3-Applikasi Touch’nGo eWallet

eTunai-Rakyat

  • Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay
  • Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet
  • Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020
  • Selesai!

Semoga perkongsian cara tebus e-tunai rakyat 2020 ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan kredit RM30 secara percuma ini.

 

 

Leave a Comment