“Contoh Perjanjian Sewa Rumah Ringkas”
Apa Itu Perjanjian Sewa Rumah?
Contoh Perjanjian sewa rumah ni adalah kontrak perjanjian antara tuan rumah dan sudah tertulis tanggungjawab dan kewajipan setiap pihak sepanjang tempoh menyewa.
Contoh Perjanjian Sewa Rumah
Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.
Antara Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa :
- Muka Hadapan
- Maklumat Penyewa
- Jadual Pembayaran
- Senarai Inventori
- Syarat-syarat Perjanjian
- Tandatangan Persetujuan
Muka Depan Perjanjian Sewa Rumah
Maklumat Penyewa
Jadual Pembayaran Sewa
Senarai Inventori Rumah
Tanggungjawab Penyewa
Dengan ini, penyewa adalah bersetuju dengan tuan rumah untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
Membayar duit sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana yang telah ditetapkan.
Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada rumah tersebut semasa tempoh penyewaan ini berjalan.
Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran pada perenggan (2) pada tarikh yang telah ditetapkan.
Mengekalkan bilangan inventori yang telah dicatit pada surat perjanjian ini dalam keadaan yang baik seperti sebelum rumah ini diserahkan.
Tidak menggunakan dan/atau membenarkan rumah tersebut atau sebahagian daripada rumah tersebut untuk:
a. Kegiatan haram,
b. Menyalahi undang-undang atau tidak bermoral,
c. Perniagaan haram atau perjudian,
d. Memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang.
Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari tuan rumah. Sekiranya penyewa melanggar perenggan ini maka tuan rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya tuan rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian.
Baca Juga : Sekolah Agama Johor
Persetujuan Antara Tuan Rumah Dan Penyewa
Segala maklumat yang telah ditetapkan di dalam surat perjanjian ini adalah BENAR dan sekiranya berlaku sebarang kesalahan, tuan rumah atau/dan penyewa berhak untuk mengubah semula perjanjian ini, bergantung pada budi bicara kedua belah pihak.
Tuan rumah dan penyewa BERSETUJU untuk tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang terkandung di dalam surat perjanjian ini, sama ada ia maklumat peribadi ataupun umum.
Dengan ini, kami BERSETUJU untuk melaksanakan segala yang telah dipersetujui di dalam surat perjanjian ini sepanjang tempoh penyewaan rumah yang telah ditetapkan. Sekiranya kami gagal melaksanakan, kami berhak untuk dikenakan tindakan seperti yang telah dipersetujui di dalam surat perjanjian ini.
Tuan Rumah
Nama:
No. IC:
Tarikh:
Penyewa
Nama:
No. IC:
Tarikh:
Saksi
Nama:
No. IC:
Tarikh:
Rujukan : Siakap Keli
Semoga panduan ini memudahkan anda untuk membuat perjanjian sewa rumah sendiri.