Cara Renew Passport Online
Bagaimana cara renew passport online? dan berapakah harga renew passport?
Penting untuk anda memperbaharui passport sebelum merancang perjalanan ke luar negara sebelum ianya tamat tempoh.
Cara Renew Passport Online
Cara renew passport yang paling mudah dan cepat. Akan Tetapi anda perlu mengambil nya sendiri serta membawa beberapa dokumen penting setelah passport siap.
Berikut adalah cara memperbaharui passport Malaysia secara online:
-
- Layari portal MyOnline Passport
- Lengkapkan borang permohonan online
- Muat naik foto bersaiz gambar pasport
- Pilih Penerima Pasport dan Pejabat yang Mengeluarkan yang anda ingin ambil. Anda boleh rujuk senarai penuh di sini.
- Buat bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit dan perbankan internet(FPX).
- Anda akan diberikan tarikh dan waktu untuk mengambil pasport anda dari Penerima Passport (Passport Recipient) dan Pejabat yang Mengeluarkan (Issuance Office) yang telah dipilih.
- Bawa sekali dokumen yang diperlukan pada hari anda ingin mengambil pasport baru.
Kanak-kanak yang berumur lebih 13 tahun (di bawah umur 18) boleh menggunakan portal permohonan pasport online dengan kebenaran ibu atau bapa atau penjaga yang sah. Individu-individu ini perlu hadir bersama kanak-kanak tersebut ketika ingin mengambil passport.
Cara Renew Passport Melalui Temu Janji
Bukan semua orang dapat renew passport secara online. Anda perlu hadir ke kaunter penerima passport dan juga pejabat pengeluar passport jika :
- Anda seorang warganegara Malaysia yang telah keluar dari negara secara tidak sah
- Pasport semasa anda telah hilang, rosak atau sudah tampat tempoh
- Anda seorang pelajar dan ingin meneruskan pengajian
- Anda seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun atau membuat permohonan bagi pihak kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
- Anda seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU)
- Anda telah menerima mesej yang menyatakan “Sila rujuk ke Pejabat Imigresen” apabila cuba memohon secara online
- Anda seorang warga emas (umur melebihi 60 tahun) yang ingin menggunakan insentif bayaran permohonan yang lebih rendah khusus untuk warga emas.
Anda tida perlu membuat temu janji, terus walk in datang ke kaunter
Dokumen Yang Perlu Di Bawa Untuk Renew Passport
- E-pasport semasa anda (pasport yang dilengkapi mikrocip)
- Kad pengenalan (MyKad) – anda memerlukan kad pengenalan untuk mengambil pasport anda
- Resit pembayaran anda . Resit ini diperlukan ketika mengambil pasport, anda akan menerima resit secara automatik dari sistem selepas permohonan anda berjaya dihantar.
- Foto terkini bersaiz gambar pasport yang diambil di studio profesional. Foto tersebut perlu mempunyai latar belakang berwarna putih tanpa bayang-bayang, dan anda mesti memakai pakaian gelap serta pastikan muka anda tidak terlindung.
- Sijil kelahiran (bagi pemohon yang berumur di bawah 18 tahun) – sijil kelahiran ini diperlukan untuk mengambil pasport baharu.
Harga Renew Passport Malaysia
Umur Pemohon | Harga |
Umur 13-59 Tahun | RM200 |
Umur 60 Tahun Ke Atas | RM100 |
Soalan Lazim
Rujuk Mengenai Passport Malaysia
Baca Juga : Harga Tol Plus 2024