Home BISNES Cara Menjual Barang Di Shopee

Cara Menjual Barang Di Shopee

1596
0

Assalamualaikum. Sebelum  saya terangkan secara detail cara nak jual barang di shopee , tahukah anda website membeli belah dalam talian apa paling popular di Malaysia? jawapannya ialah website shopee.com.my. Trafik jangkaan bulanannya sekitar 20,900, 000 view menurut artikel sebuah website aseanup.com.

Adakah anda tahu apa itu shopee? Ok tak apa kalau tak tahu, hehehe !  Shopee  ialah sebuah website membeli belah (ecommerce) dalam talian  dan juga mempunyai apps nya tersendiri di smartphones. Ianya menghimpunankan ramai peniaga-peniaga atas talian yang boleh membuka kedai mereka sendiri di shopee.

Kelebihan Utama Shopee

1-Shopee menawarkan Free Shipping Program dengan pos laju untuk menggalakan lebih ramai orang membeli atas talian.

2-Paparan antara muka shopee yang mesra pengguna dan mudah diakses dengan telefon.

3-Pembelian lebih selamat daripada ditipu kerana shopee akan memegang duit pelanggan sebelum barang sampai ke tangan mereka.

4-Ada butang chat yang membolehkan pembeli  berhubung dengan penjual barang terlebih dahulu sebelum memesan sesuatu barang.

5-Memiliki ciri-ciri tawar menawar harga sebelum pembeli membuat pembelian.

1-Panduan Mendaftar Akaun Shopee Untuk Penjual

Tidak kira anda sebagai penjual atau pembeli, anda wajib mendaftar akaun shopee. Saya hanya akan tunjukkan cara mendaftar akaun shopee menggunakan laptop atau PC sahajaDi syorkan untuk guna laptop dan pc untuk daftar akaun shopee dengan lebih cepat kerana di telefon banyak ciri-ciri yang tidak tersedia dan memudahkan listing produk anda dengan cepat.

Ok, terus pergi ke web shopee, https://shopee.com.my/

Langkah Pertama, klik sign up ataupun daftar.

Satu nombor telefon hanya khas untuk satu nama pengguna sahaja.

Kemudian isi kan nombor telefon, username, password, dan captcha. Selepas itu isikan verification code yang telah dihantar ke nombor telefon anda tadi.

Ada 3 cara untuk mendaftar iaitu, isi nombor telefon, guna facebook dan emel.

Seeloknya guna nombor telefon dan emel.

Siap.

2-Menetapkan Setting Kedai Anda

Pertama sekali perkara yang anda perlu lakukan selepas log masuk ke akaun yang telah anda bina tadi, ialah bina profile kedai anda.

Klik pada menu seller centre. Anda akan di bawa ke link berikut, https://seller.shopee.com.my/

Ini paparannya.

Kemudian klik shop setting.

Tetapkan maklumat berikut, logo, cover photo, shop name, image & video dan shop description. Username dan shop name tak ada masalah tak sama.

 

Anda boleh tetapkan maklumat sama ada ready stok atau pre-order dan juga detail shipping.

 

 

 

 

Previous articleLafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan
Next article23 Kawasan Larangan Merokok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here