Cara Buat Aduan Merokok Di Kedai Makan & Restoran

Kerajaan telah mewartakan 23 kawasan larangan merokok, mulai 1 Januari 2020 undang-undang merokok Di Kedai Makan & Restoran telah berkuatkuasa sepenuhnya. Jadi bagaimana aduan boleh dibuat oleh orang ramai?

Bukan sahaja perokok boleh dilaporkan, malah empunya premis/kedai makan/restoran juga boleh di laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka tidak memaparkan papan tanda larangan merokok di dalam premis mereka.

Larangan merokok ini termasuk kepada rokok, shisha, vape dan alat pemanas tembakau.

Larangan Merokok, Bagaimana Aduan Boleh Di Buat?

1-Sila nyatakan nama restoran dan alamat

2-Ambil gambar perokok

3-Nyatakan Waktu dan tarikh

4-Hantar Ke whatsapp 010 8608 949 / wasap.my/60108608949

hanya hantar gambar bukti perokok merokok di kawasan larangan merokok

5-Boleh buat panggilan ke 03 8892 4530

panggilan waktu pejabat sahaja

Denda Larangan Merokok

denda merokok 2020

Jumlah denda yang akan dikenakan.

Denda Kepada Perokok

1-Kesalahan pertama denda RM250, hanya bayar RM150 jika buat pembayaran dalam masa sebulan.

2-Kesalahan kedua denda Rm250

3-Kesalahan ketiga denda RM350

Denda Kepada Pemilik Premis

1-Kesalahan pertama denda RM250

2-Kesalahan kedua denda RM250

3-Kesalahan ketiga denda RM350

Jom sama-sama buat aduan kepada pihak berkuasa jika perokok-perokok masih berdegil merokok di tempat larangan merokok.

Leave a Comment