Thursday, May 23, 2024
HomeUncategorizedBiodata Azeem Fahmi Pelari Pecut 100 Meter Malaysia

Biodata Azeem Fahmi Pelari Pecut 100 Meter Malaysia

Biodata Azeem Fahmi Permata Baru Raja Pecut Malaysia. Kejayaan Azeem Fahmi Menduduki tempat ketiga Di Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan catatan masa 10.11 saat dengan berjaya menggengam pingat gangsa.

Azeem, 19 Tahun, berjaya menamatkan penantian negara di Sukan Asia kali terakhir selepas Datuk Rabuan Pit menjuarai edisi 1982 di New Delhi, India 41 tahun lepas.

Pingat Emas di sandang Xie Zhenye dari China yang merekodkan catatan 9.97s. Manakala pingat perak menjadi milik Puripol Boonson dengan masa 10.02s.

Biodata Azeem Fahmi

Nama : Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi
Umur : 19 tahun (2023)
Ketinggian : 184 cm
Tarikh lahir : 29 April 2004
Asal : Teluk Intan, Perak
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz
Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
Sekolah Sukan Perak Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh – SPM -6A
Januari 2023, Azeem berpindah ke Amerika Syarikat untuk fisiologi senaman dan kinesiologi di Universiti Auburn, Alabama
Kerjaya : Atlet

Pencapaian
https://www.facebook.com/bangsa.final.5/videos/1387319335519319

Peringkat Sekolah

  • Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) – Olahragawan ( 2014-2016)
  • Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
  • Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
  • Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)
  • Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)

Peringkat Kebangsaan

  • Juara 100 M SUKMA 2017

Peringkat Antarabangsa

  • Pingat Emas Kejohanan Remaja Asia Tenggara Filipina 2019
  • Pingat Gangsa Kejohanan Asia Hangzhou, China 2022

Catatan Terbaik Rekod Peribadi

  • 100 m: 10.09 (2022 World Athletics U20 Championships) (Cali 2022)
  • 200 meter: 20.83 (2022 World Athletics U20 Championships) (Cali 2022)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular