Permohonan bantuan zakat selangor sempena wabak covid-19 sudah dibuka. Selangor antara negeri yang paling tinggi terjejas dengan penularan wabak ini.
Status terkini covid-19 mengikut negeri sehingga 27 Mac 2020.
Bantuan zakat kali ini dipanggil sebagai Bantuan Khas Covid-19.
Syarat Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
- Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
- Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
- Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
Bantuan ini hanya sumbangan dalam bentuk one off sahaja.
Cara Memohon Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor
Cara memohon adalah secara online tanpa perlu pergi ke Lembaga Zakat Selangor.
Bantuan Online ini sebenarnya bukan utk Asnaf sedia ada. Sebab mereka ada bantuan channel lain.
Kita nak bantu :
1. Keluarga yang betul-betul terjejas tak dapat berniaga.
2. Golongan B40 yang diberhentikan kerja, dapat gaji separuh dan dipaksa cuti tanpa gaji ketika #RMO ini.
Cara Mohon :
Pastikan Dokumen ini ada 😊.
• IC korang
• Akaun Bank (dari ATM atau Internet Banking – nak masukkan duit)
• Bukti duduk Selangor (Bil Letrik, Air dll)
• Bukti Kelayakan (Slip gaji/surat berhenti kerja/resit sewa kedai dll)
Upload semua dan Done!
Perlu diingatkan bahawa bantuan khas zakat selangor ini hanya dibuka pada 25 Mac 2020 sehingga 6 April 2020 sahaja.