Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi mengekang penularan #COVID-19 kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Tarikh Dilaksanakan mulai rabu, 18-31 Mac 2020 berkuatkuasa seluruh negara.

Sama-sama kita patuhi perintah yang dikeluarkan untuk mencegah penularan wabak COVID19 demi keselamatan negara kita.

Perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Baca Juga : Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

1-

  • Larangan menyeluruh pergerakan atau perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  • Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, kedai runcit/serbaneka dan pasar awam. Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat ditangguhkan.

2-

  • Penutupan semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam, swasta dan institut latihan kemahiran.
  • Penutupan semua taska, sekolah kerajaan, swasta, harian, asrama penuh, antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institut pendidikan rendah, menengah, pra-universiti.

3-

  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat malaysia ke luar negara.
  • Bagi yang baru pulang dari luar negara, dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  • Sekatan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4-

  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta.
  • Kecuali perkhidmatan penting negara iaitu :- air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan,  farmasi. bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, permbersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sebarang pertanyaan berhubung perintah kawalan pergerakan boleh hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline  03-88882010 bermula tengahari selasa, 17 Mac 2020.

Tindakan drastik ini terpaksa diambil untuk menghadkan pergerakan orang ramai.

 

Leave a Comment