Home Informasi Apa tujuan bangun di awal pagi?

Apa tujuan bangun di awal pagi?

582
3

Ini antara soalan terbesar selain nak pergi makan di mana. Kalau kau tak ada tujuan, kau takkan bangun awal. Tengah hari sikit baru kau bangun.

Tapi, kalau kau tak dapat jawab. Konsep ‘ikigai’ mungkin dapat membantu.
Konsep ini berasal dari Jepun, dan ia semakin popular juga di luar Jepun.
Tak ada terjemahan secara langsung bagi menampung maksud ‘ikigai’.
‘Ikigai’ adalah gabungan bagi perkataan ‘ikiru’ yang bermaksud ‘untuk hidup’ dan ‘kai’ bermaksud ‘pencerahan impian seseorang’. Gabungan dua perkataan ini memberikan maksud ‘tujuan hidup’ (a reason to live).
Perkataan ‘gai’ berasal dari ‘kai’ yang juga mempunyai maksud ‘cengkerang’. Pemaknaan ini sangat bermakna ketikan era Heian (794M – 1185M).
Akihiro Hasegawa, Prof. Madya dari Toyo Eiwa University menyatakan ‘gai’ itu bermaksud memberikan maksud pada ‘nilai hidup’ (Sense of value in living).
Untuk mencari tujuan hidup, pakar mengesyorkan 4 pertanyaan berikut,
1. Apa yang kau cintai?
2. Apa yang kau pandai buat?
3. Apa yang dunia perlukan daripada kau?
4. Macam mana kau dapat dibayar?
Mencari jawapan dan keseimbangan antara 4 faktor adalah jalan menuju ke ‘ikigai’.
Di Jepun, konsep ‘ikigai’ adalah proses yang perlahan dan selalunya tidak berkaitan dengan pekerjaan dan pendapatan.
Pada tahun 2010, bancian ke atas 2,000 orang Jepun dilakukan. Cuma 31% saja yang menjadikan pekerjaan mereka sebagai ‘ikigai’.
Gordon Matthews, Profesor antropologi dari Chinese University of Hong Kong menyatakan, ‘ikigai’ dapat difahami dengan dua lagi konsep lain orang Jepun.
Iaitu ‘ittaikan dan ‘jiko jitsugen’.
‘Ittaikan’ merujuk pada ‘maksud kesatuan pada komitmen, kumpulan atau peranan’.
‘Jiko jitsugen’ pula bermaksud ‘pencerahan diri’.
Matthews kata, ‘ikigai’ akan memandu ke arah hidup yang lebih baik sebab kau ada sesuatu untuk hidup.
Sumber : World Economic Forum, Zamir Mohyedin

Previous articleBina Ayat Iklan Power Dengan Software FB Copywriting Generator
Next articleRujukan & Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

3 COMMENTS

  1. Kalau tak bangun pagi banyak melepas, melainkan kita ada motivasi tinggi nak buat hari tu bermakna dan bermanfaat. Kalau beragama islam, ada solat subuh sebagai penjaga kita bangun awal. Hikmahnya hanya 2 rakaat ja. Kalau 4 agaknya dah terjelepuk waktu sujud kedua XD

  2. banyak aktiviti boleh dibuat waktu pagi jika bangun awal.. especially solat subuh untuk orang islam.. bila semua kerja selesai sebelah pagi, dah tak rungsing atau risau nak berehat, relax relax tengok tv lepas tu 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here