Antara Sebab Sebab Permohonan BR1M Gagal


Antara Sebab Sebab Permohonan BR1M Gagal. Terdapat 9 sebab permohonan BR1M 2018 anda ditolak yang wajib anda ambil tahu untuk mengelakkan permohonan anda tidak berjaya.

Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka (jika ada perubahan) semasa tempoh permohonan dibuka bagi mengelakkan kegagalan permohonan.

Antara Sebab Sebab Permohonan BR1M Gagal

Berikut antara sebab-sebab permohonan BR1M gagal : 
1-Tanggungan
Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
2-Maklumat Pasangan
Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
3-Jumlah Permohonan
Memohon lebih dari satu kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan).
4-Dokumen Peribadi
Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
5-Menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia
Pelajar yang layak menerima Kad Debit Siswa 1Malaysia bagi Sessi 2017/2018.
6-Maklumat Pendapatan
Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji.
7-Berada Di Luar Negara
Pemohon yang menetap/bekerja/belajar di luar negara.
8-Kemaskini Permohonan
Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
9-Maklumat Peribadi
Maklumat Peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.
Demikian lah antara sebab sebab permohonan anda untuk mendapatkan bantuan rakyat 1malaysia 2018 (BR1M 2018) mungkin tidak berjaya.

Oleh yang demikian, sila semak 9 sebab di atas untuk dipenuhi dengan sebaiknya.

Baca Juga : Cara Buat Permohonan & Kemaskini BR1M 2018

Reply

Leave a Reply