Home Informasi Akhirnya Akaun Google Adsense Saya Lulus

Akhirnya Akaun Google Adsense Saya Lulus

625
13

Akhirnya blog wafijamaluddin.com lulus juga akhirnya permohonan untuk mendapatkan akaun google adsense. Perit juga sebenarnya sebab dah macam-macam cara saya belajar sebelum dab cuba apply sebaik mungkin untuk dapatkan akaun google adsense ni.

Sebelum ini dah menuntut ilmu sampai petala langit ketujuh untuk cuba dapatkan akaun adsense non hosted. Rasanya dah banyak juga tengok video-video dari youtube dan baca blog-blog yang bercerita tentang cara nak dapatkan akaun google adsense non hosted ni.

Saya dah cuba apply untuk mendapatkan akaun google adsense ni dah lebih 5 kali. Kali terkakhir terima jawapan pada 5 Ogos 2017.

 
Apa yang saya perasan, ketika permohonan ini di tolak usia domain saya masih belum mencapai 6 bulan. Saya cuba semak dan pastikan sekali lagi tarikh pembelian domain ini. Ternyata memang benar. Saya cuba semak apa yang sebab menyebabkan permohonan saya ditolak.
Saya cuba semak, navigasi dasar privacy, penafian dan hubungi kami. Semak kembali jumlah artikel yang ada iaitu 48 artikel sahaja. Lepas itu saya buang semua banner iklan lain.  Dan yang paling penting ada artikel yang datang organic traffic yang konsisten.
Pada 11 Ogos 2017, saya cuba apply balik permohonan google adsense.Pada malam 16 Ogos 2017 permohonan saya diluluskan. Terkejut juga 🙂

 

Alhamdulillah !!!!
Previous articleCara Semak Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Next articleSiaran Langsung Upacara Pembukaan Sukan Sea 2017

13 COMMENTS

  1. Tahniah Wafi, blog kamu dah approve google adsense.

    Bukan senang nak dapat tu.

    Pertanyaan saya: Bagaimana cara nak letak iklan di bawah tajuk artikel seperti yang bro buat tu. Panjang mendatar bulat panjang.

    Jenis ads unit mana satu yg bro pilih?

  2. Wah tahniah.

    Saya masih dalam proses. Entah lepas ke tidak. Susah juga untuk dapatkan akaun adsense non- hosted ni.

    Paling mudah Youtube adsense. Tapi tak boleh nak host utk website-website yang lain. Hmmm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here