5 Pusat Tuisyen Peribadi Terbaik Di Kelantan


5 Pusat Tuisyen Peribadi Terbaik Di Kelantan. Di zaman Industri 4.0, semuanya nak cepat. Revolusi perindustrian keempat pasca ini menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian.


Trend ini membuatkan ibu bapa terpaksa bekerja lebih keras, membataskan masa untuk memantau anak-anak di luar mahupun di rumah.  24 jam sehari seolah-olah tidak mencukupi. Manusia kini terpaksa bergerak dengan cepat serta pantas. Semuanya mengejar masa. Natijahnya, ibubapa terpaksa memberikan kepercayaan 100% terhadap guru di sekolah untuk mendidik dan membentuk anak-anak mereka.

Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi di hujung jari, pusat tuisyen atas talian kini tumbuh bagaikan cendawan. Pilihan untuk ibu bapa memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka semakin meluas. Platform seperti blog, laman sesawang, media sosial contohnya Facebook, You Tube dan Instagram kini menjadi tempat pemilik tuisyen mempromosikan tuisyen mereka.

Namun, apa yang nilai tambahan tuisyen ini tawarkan? Mereka menawarkan penjimatan masa dan tenaga kerana tutor atau tenaga pengajar akan bergerak sendiri ke rumah anda tanpa perlu anda menghantar anak anda ke tempat atau premis untuk belajar. Ini menjadikan tuisyen individu pada masa kini adalah satu keperluan, demi untuk memacu kejayaan anak anda pada masa hadapan.

Berikut saya senaraikan Top 5 Tuisyen Individu/Peribadi yang kini telah telah bertapak di Kelantan dan sedang pantas mencipta nama di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya.

Jom kita lihat.


1. I-Guide Home Tuition


Tuisyen yang berpangkalan di Ampang, Kuala Lumpur ini semakin membesar. Kini sudah mula bertapak di Kota Bharu, dan melebarkan sayapnya ke Gombak, Shah Alam, Damansara dan Bangi.

Apa yang uniknya mengenai I-Guide Home Tuition adalah sistem mereka yang mesra di mana tutor perlu online sahaja untuk ‘check in’ apabila selesai mengajar. Ini akan memudahkan urusan pembayaran kepada tutor.

Nah, ini link jika anda sebagai ibubapa nak cari tutor dan nak jadi tutor.
2. Tuisyen Individu



Salah satu tuisyen yang paling awal bertapak di Kelantan. Tuisyen ini berpangkalan di Kedai Mulong, Kelantan, Malaysia. Tuisyen ini sudah lama aktif, sejak tahun 2010 lagi. Mempunya Facebook dan Instagram sebagai tempat untuk mencari pelajar dan tutor, pemilik tuisyen ini juga mempunyai blog untuk tujuan pemasaran secara lebih meluas.

Boleh layari blog tuisyen individu untuk mencari info yang menarik

3. Beyond Home Tuition



Salah satu tuisyen yang menggunakan platform atas talian, BHT atau dikenali sebagai Beyond Home Tuition,kini giat membuka cawangan. Antara cawangan yang mendapat permintaan ramai adalah di Kelantan.

Sama juga dengan di atas, tuisyen ini menggunakan laman web sebagai medium untuk interaksi pencarian di antara ibubapa, pelajar dan tutor.

Ini laman web BHT untuk memudahkan anda mencari tutor yang sesuai

4. Rocket Home Tuition


Menggunakan lambang roket sebagai logo, tuisyen ini jelas ingin membantu para pelajar me’rocket’kan prestasi pembelajaran pelajar dengan konsep ‘home tuition’ . 

Mula bertapak sekitar awal tahun 2016, tuisyen ini aktif mencari ibubapa yang inginkan bimbingan yang bermutu tinggi, tanpa meninggalkan aspek falsafah pendidikan negara.

Seperti kebanyakan tuisyen individu yang lain, tuisyen ini juga aktif meneroka pasaran menggunakan platform atas talian dan giat mencari ibubapa yang mahukan anak mereka belajar di rumah sendiri.

Rocket Home Tuition mempunyai dua laman web yang boleh di akses pada bila-bila masa.

5. The Ngaji


Menggunakan lambang buku sebagai logo rasmi, dengan tulisan yang berkonsepkan minimalis dan simple, The Ngaji terus membawa idea-idea yang segar dalam bidang pendidikan, setanding dengan namanya yang unik. Seperti tuisyen yang lain, The Ngaji menawarkan juga pendaftaran tutor dan pelajar  secara atas talian.

Baru sahaja bertapak sekitar hujung tahun 2016, dengan usia hampir setahun, The Ngaji terus memacu ke hadapan dengan penambahbaikan sistem dalam laman sesawang dari semasa ke semasa.

Berminat nak mendaftar atau inginkan tutor dalam apa jua subjek? Boleh klik link di bawah:

Boleh Hubungi Tuan Fakhri Zainuddin Di Talian 013-596 1659

2 Comments - Add Comment

Reply

Leave a Reply