Home Informasi 23 Kawasan Larangan Merokok

23 Kawasan Larangan Merokok

429
1
kawasan larangan merokok 2019

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam mulai 1 Januari 2020. Lepas ni kena lebih hati-hati terutama kepada perokok tegar hahaha.

Denda kesalahan merokok di tempat awam kepada orang awam terbahagi kepada 3 peringkat. Kesalahan kali pertama akan di denda RM250 , dan boleh di kurangkan kepada RM150 jika buat pembayaran dalam tempoh sebulan di mana-mana pejabat kesihatan daerah. Kesalahan kali kedua akan di denda RM250 dan tiada pengurangan boleh di minta. Kesalahan kali ketiga akan didenda RM350 iaitu maksimum denda yang di kenakan iaitu RM350 sahaja.

Bagi pemilik premis pula mereka akan didenda RM250 untuk kali pertama dan kali kedua. Kesalahan kali ketiga pula akan didenda RM350.

Berikut 23 Kawasan Larangan Merokok yang sudah diwartakan.

23 kawasan larangan merokok
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
3. Di dalam lif atau tandas awam.
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
21.Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
22. Bangunan Parlimen.
23. Di mana-mana restoran dan kedai makan terbuka.

Nota : Jarak untuk merokok dari meja makan kedai makan terbuka adalah 3 meter. Rujuk gambar di bawah.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020. Jangan ingkar ya bayar denda nanti.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here